Tuesday 30 June 2020

Kerja-kerja Waterproofing di SG RAMAL DALAM, KAJANG


"Laa...dah kenapa berlubang plaster ceiling nih...?" tanya Kak Ana.

"Hmm..nak buat camana K Ana, apabila hujan lebat je ada air menitik, sehingga basah sebahagian sofa ini," jawab Nina.

"Sejak bila kejadian ini berlaku? Baru lagi ke?" tanya K Ana lagi.

"Tak delah...beberapa bulan lepas siap buat extension rumah ini." terang Nina lagi.

"Hok aloh...kenapa tak claim daripada kontraktor yang buat renovation hari tu? Patutnya ada warranti." hujah K Ana lagi.

"Hmm...dah bagitahu pada suami tempoh hari...tak dibuatnya apa-apa sampai sekarang dah setahun." kata Nina sambil mencebikkan mulutnya.

     Itulah realitinya dalam kehidupan kadang-kadang berlaku perkara yang tidak diharapkan. Membuat renovasi rumah sepatutnya memberikan suatu pengalaman manis, tetapi kadangkala memberikan satu tekanan (stress) pula. Apatah lagi jika ubahsuai rumah melibatkan sambungan dari rumah asal ke ruang baru. Pelbagai perkara perlu dipertimbangkan oleh kontraktor seperti integriti struktur, kepatuhan kepada syarat-syarat PBT, isu kejiranan dan sebagainya. Selain itu, salah satu perkara yg biasa terjadi ialah ketirisan air apabila hujan. 

    Ketirisan air hujan ini berlaku apabila berlaku keretakan di mana-mana bahagian sama ada beam atau dinding, tetapi jika diketahui dgn cepat biasanya dapat diselesaikan oleh kontraktor dengan menampal bahagian tersebut dengan cement (stopper), atau cement (cement+special chemical = quick drying), ditampal dengan lapisan bitumen atau aluminum sheet, atau lain2 cara waterproofing (polymer etc).  

      Apa yg tidak diingini ialah kontraktor yg sengaja tidak membuat kerja dengan teliti kerana mengharapkan kerja-kerja tambahan atau berlanjutan. Sighh...di mana keberkatan rezeki itu??.

Alhamdulillah, kami mendapat kerja membuat waterproofing di Sg Ramal Dalam, Kajang. Kami menawarkan harga yang 15% lebih rendah dari harga pasaran termasuk waterproofing percuma di bahagian slab atas bilik air. Jika tuan/puan berminat boleh hubungi kami 0192862340 - jika setuju dengan harga, kami boleh buat di Lembah Klang/ Kedah juga boleh.



Slab ini didapati ada crack. Dibaiki dengan fiber seleps waterproofing lapisan pertama dibuat. Keseluruhan tidak kurang 3 lapisan.

Sebelum: Keretakan simen ini mungkin menyumbang kepada ketirisan air ke dalam bumbung.

Selepas: Di letak stopper+reinforce cement dan dilapisi oleh waterproofing. Jika masih retak, boleh ditampung dengan bitumen and/or aluminum sheets

Besi Y10/Y12 yg tidak disimen sepenuhnya juga mungkin jadi punca air mengalir masuk ke dinding/bumbung slab


Quick fix

Selain kerja2 kitchen cabinet, kami juga mengambil kerja waterproofing. Terima kasih kerana sudi membaca. 




Wednesday 10 September 2014

KITCHEN CABINET SOLID WOOD DI U10 SHAH ALAM

Pemasangan kitchen cabinet solid wood di U10 Shah Alam. Owner memilih corak pintu yang ringkas dengan kemasan putih berkualiti ala Inggeris.

Spesifikasi ringkas:
- Base unit L-shape dengan top quartz
-Wall fridge
-Sinki 1 bowl besar dgn 1 bowl kecil (high quality stainless steel)
-Tall unit sehingga ceiling
- Bar counter dgn top quartz
-Accessories: all softclose, rak botol pull out, rak simpan pinggan pull out

 
 Solid wood, top quartz
 Pemasangan overn dan built-in microwave percuma
 3 laci
 Counter table elegan
Plumbing berkualiti dan kemas

Nuradam: 019-2862340

TV CABINET MENAIKKAN SERI RUMAH DI SG RAMAL DALAM KAJANG

Base Cabinet 9 kaki x 1 kaki
Back panel melamine 6 kaki x 8 kaki
Kotak hiasan gantung daripada kayu dan formica

Selalu terlepas pandang, tv cabinet dengan design yang sesuai dan material yang cantik dapat menaikkan seri ruang tamu rumah. Anda tak perlu mengupah interior designer dengan kos yang tinggi, gunakan imaginasi dan carian dalam internet untuk design sesuatu bahagian dalam rumah anda seperti bahagian kitchen cabinet, ruang tamu, ruang rehat, bilik tidur dan sebagainya. Dengan sentuhan lampu di bahagian tertentu, pasti suasana elegan dan romantis dapat terhasil. Selamat berimaginasi!

 
TV cabinet yang tergantung mengekalkan keluasan rumah 
 
 Wah...dinding ni rata, bagus kontraktor rumah ini.
Mesti sukat kasi balance maa...
 Rangka belakang panel
Pemasangan dan wiring seperti ini memakan masa kekadang sampai satu hari. Bayangkan jika jumlah gaji sehari semua pekerja pemasangan RM400 - RM500, masakan harga TV cabinet seperti ini tidak mencecah RM2k - RM3k?

UBAHSUAI DI APARTMENT BUKIT KUDA KLANG

Alhamdulillah,
 
Dengan niat yang murni Allah telah mengurniakan rezeki. Satu kerja ubah suai rumah telah diterima dengan rela hati.
 
Kerja-kerja yg diminta oleh tuan rumah:
1) Memecahkan dinding (terdapat tingkap) size 7 - 8 kaki lebar, tinggi 8 - 9 kaki.
2) Menaikkan bata (dinding plaster) 7 - 8 kaki lebar dan tingi 5.5 kaki termasuk tingkap dan satu exhaust fan.
3) Membuat table top panjang 14 kaki (lebar standard 2 kaki)
4) Menukar frame pintu kayu (yang dimakan anai2) untuk 2 bilik air
5) Cat satu rumah
 
Tuan rumah hanya budget RM5,000. Biar betik...
 
Setelah site visit selesai, kami cuba riki2 quotation daripada kontraktor lain. Memang tidak boleh dapat harga yang diminta owner. Untuk item 1- 3 sahaja kos sudah mencecah RM5k. Untuk pengetahuan owner adalah seorang yang muda, yang bekerja sebagai kakitangan awam dan ini adalah rumah pertama beliau (bukan rumah baru). Beliau akan pindah di sini apabila pengubahsuaian rumah siap dan sedang menanti kelahiran cahaya mata pertama tak lama lagi.
 
Atas sebab ingin membantu dan menunaikan hasrat tuan rumah (walaupun ada sedikit terasa seperti ditekan), kami menerima kerja2 tersebut kecuali item no 5 (cat rumah) dengan harga RM5,000. 
Kerja2 mengikat bata dijalankan segera
 

 Kerja2 memecah dinding

 Kerja2 plaster dinding
 
Siap plaster dinding, pemasangan tingkap dan exhaust fan
 
Kerja2 plumbing
 
 Memandangkan ini adalah proses pembelajaran, saya akan catatkan lesson learned di bawah (untuk tatapan semua - berkatalah benar walaupun pahit - ambik yang positif ya!).
 
Pembelajaran daripada kerja-kerja ubahsuai di sini.
  1. Pihak kontraktor (saya sendiri)
  2.  -perlu memperhalusi kerja2 yang perlu dibuat berdasarkan kehendak tuan rumah dan membuat quotation berdasarkan kerja2 tersebut supaya tiada yang tertinggal atau terlepas pandang. Contohnya, naik dinding dan plaster. Kerja2 yang terlibat adalah lebih luas seperti pengurusan bahan mentah untuk kerja2 pembinaan (penghantaran naik ke tingkat satu rumah untuk simen, batu bata dsb), pembuangan sampah batu bata untuk dinding yang dipecahkan (perlu hantar turun dan buang ke tempat yang sepatutnya, plaster dinding (adakah termasuk cat bahagian tersebut?), pemasangan exhaust fan (kos wiring sudahkah dikira? adakah memerlukan penambahan socket? dsb), pecah dinding (ini kritikal, adakah akan mengganggu struktur rumah? adakah paip air atau wiring hose dalam dinding?), tukar frame pintu (adakah pintu perlu diganti? macamana dgn cat frame tersebut?).   
    -selepas quotation dikeluarkan kepada tuan rumah, untuk project ubah suai yang besar sebaiknya dibuat satu perjanjian yang ditanda tangani oleh pihak tuan rumah dan kontraktor agar masing-masing tahu tanggungjawab yg dipersetujui.
    -perlu membuat jadual kerja-kerja secara teliti supaya kerja2 ubah suai dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan (mengambil kira sebarang kemungkinan seperti kelewatan barang, perubahan cuaca dsb)
    -perlu memantau kerja-kerja ubah suai (apa gunanya jadual jika tidak dipantau)
    -komunikasi berterusan dan berkesan dengan tuan rumah agar tuan rumah diupdate atas progress kerja.
     
  3. Pihak Tuan rumah (owner)
  4. -berpijak di bumi yang nyata, budget biar berpadanan dengan kerja2 yang hendak dilakukan. Lumrah majority orang kita mahukan kualiti yang baik dengan harga paling murah. Perbuatan ini seperti menekan bangsa sendiri, akibatnya kontraktor cukup2 makan, hanya lepas bayar gaji pekerja dan tidak boleh maju ke depan. Bangsa siapa yang rugi? Tetapi jika berdepan dengan penjual bangsa asing, biasanya menerima harga yang diletak tanpa banyak soal walaupun harganya mahal. Inilah dia bangsa kita....masih merasa tuan di bumi pinjaman ini! (maaf jika terguris)
    -berurusan dengan pihak pengurusan kediaman yang memantau kerja2 pengubahsuaian (urusan pendaftaran kontraktor, pembayaran deposit, dan lain2 syarat yang ditetapkan.
    -memastikan kontraktor faham dan mematuhi syarat2 dan tatasusila yang ditetapkan oleh pihak pengurusan seperti waktu kerja dsb.
    -sebaiknya memberitahu jiran untuk kerja2 pengubahsuaian agar jiran tetangga dapat membuat persediaan yg sepatutnya dan tidak mengganggu kerja2 pengubahsuaian rumah.
     
  5. Pihak jiran tetangga (jiran berdekatan)
  6. Diharap dapat bersabar dengan kerja-kerja pengubahsuaian seperti bunyi bising, habuk berterbangan dan sebagainya (dsb). Ini mungkin hari jiran anda, masa depan mungkin hari anda pula yang ubah suai rumah.
 
 



Wednesday 11 June 2014

Perkembangan Terbaru PESONA Kitchen

Alhamdulillah,

Selain daripada membuat pelbagai jenis kabinet, mulai bulan June 2014, PESONA Kitchen telah berkembang lagi dengan penglibatan dalam 'house renovation':
 
Penglibatan kami dalam bidang ini adalah kerana terdapat pelanggan kabinet kami yang mengadu telah ditipu oleh kontraktor pengubahsuai rumah. Ada yang dicaj sehingga RM100,000 hanya untuk mengubahsuai dapur. Atas rasa terkilan ini, kami merasakan perlu untuk kami sediakan suatu perkhidmatan mengubahsuai rumah yang dipercayai dan kompetitif di pasaran.

Selain daripada itu antara khidmatan yang ditawarkan adalah:
    - mengecat rumah
    - menukar pintu rumah yang rosak
    - membaiki paip sinki yang tersumbat
    - wiring lampu dan kipas untuk rumah baru

Sebarang pertanyaan boleh hubungi
Nuradam 019-2862340

Thursday 29 May 2014

PEMASANGAN DI SERI BANGI (NOVEMBER 2013)

BERIKUT ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KERJA-KERJA PEMASANGAN KABINET DI SERI BANGI  - bersebelahan section 8 Bandar Baru Bangi.
 Kombinasi material melamine dengan bingkai alluminium
 Terdapat tall unit (tidak kelihatan dalam gambar), aksesori rak botol di sebelah laci.
 Juga terdapat 'mini bar' dengan kabinet di bawah.
Kerja-kerja pemasangan solid surface jenis 'black galaxy'.
 


BUAT RENUNGAN..

Assalamualaikum,

Akhirnya dalam kesibukan membuat kabinet dan urusan harian, dapat juga saya melarikan jari jemari saya di atas papan kekunci ini untuk memecahkan kebuntuan blog ini.

Tahun 2014 bermula dengan pelbagai cabaran. Dengan pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan cukai GST menggantikan sistem cukai lama (cukai Jualan) pada 2015, rata-rata pihak menyuarakan rasa kegusaran masing-masing. Apatah lagi apabila subsidi secara sedikit demi sedikit akan atau telah dikurangkan. Pihak yang lebih terkesan dengan keadaan ini adalah pihak pengguna berbanding pihak pengeluar.

1) Ok, mari fokus ke bidang atau industri kabinet dapur. Majoriti pihak pengguna di Malaysia adalah orang2 Melayu. Mengikut kiraan kasar saya, tidak kurang daripada 98% pelanggan saya adalah daripada bangsa saya sendiri iaitu bangsa melayu (Untuk perhatian, saya tidak berpaksikan bangsa tetapi saya maksudkan Melayu=Islam).

2) Boleh juga saya katakan bahawa, tidak kurang 98% peniaga/pengeluar industri kabinet adalah bangsa (chayanunalip). Begitu juga supplier cabinet adalah, well boleh saya katakan 100% bangsa mereka.

Apa yang nak saya tekankan di sini:

1) Bangsa saya adalah bangsa yang majoriti rakyatnya adalah pengguna, yang menggunakan perkhidmatan atau membuat belian dengan bangsa lain. Bangsa lain yang dimaksudkan itu mempunyai kemahiran berniaga, dan telah lama berniaga di bumi bertuah ini. Kebanyakan mereka bersatu padu dalam perniagaan dan mempunyai kuasa menentukan dan menaikkan harga sesuka hati mengikut keadaan. Kesian bangsa saya yang masih terkial-kial dalam bidang ini. Mujur terdapat cendekiawan dalam pihak pemerintah yang menubuhkan dana2 (ASB, ASN dan sebagainya) dan jual syarikat2 korporat kerajaan (GLC), yang menyeimbangkan keadaan ini.
 
2) Pengguna dari bangsa mereka (chayanunalip), 98% tidak akan membeli daripada bangsa saya yang berniaga dalam bidang ini. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya apabila mereka menelefon: "Hallooo......ini company melayu ka...chayanunalip?,"
"Ini company Melayu, tengok nama pun sudah tau maa....," jawab saya.
"Ooo...ya ka, tak apalah. Apa-apa hal saya telefon balik," jawab suara di seberang sana.
Ya...seperti kebiasaan, mereka tidak akan telefon semula. Panggilan telefon seperti ini memang kerap saya terima, dan ternyata, ini adalah realiti kehidupan bangsa saya di bumi bertuah ini. 

Apa yang perlu kita lakukan:

1) Bersatulah, wahai bangsaku. Ketepikan segala fahaman politik, berpegang teguhlah pada Al-Quran dan As-Sunnah.
 
2) Belajarlah; Lihat, dengar, dan belajarlah untuk berniaga. Belajarlah daripada mereka yang sudah berniaga. Jika handphone harga beribu dapat dibeli, apalah sangat jika berbelanja RM500 untuk ke ke kelas2 pengajian perniagaan. Bermulalah sekarang, agar kitaran waktu yang menjarakkan bangsaku dengan bangsa lain dapat diperlahankan. Belajarlah hingga ke negara China untuk berjaya (jika ada kelapangan saya akan share tentang pelajaran saya di negara China).
 
3) Bangkitlah berniaga. Berniagalah apa sahaja yang halal, walaupun keuntungan hanya RM1. Ikutlah jejak langkah bangsa 'chayanunalip' yang mahir berniaga.
 
4) Bantulah sesama kita. Tidak ada bangsa yang berjaya dalam sejarah dunia jika rakyatnya tidak bantu membantu antara satu sama lain.

Sekian, wassalam.