Wednesday 30 October 2013

PEMASANGAN KITCHEN CABINET 3G DI PUNCAK SAUJANA, KAJANG


"Bro, aku tak tahu kau ada buat bisness kitchen cabinet", kata seorang kenalan padaku setelah aku cuba promosi perniagaanku padanya .

"Apa pasal pulak?" tanyaku memohon penjelasan.

"Sudah terlambat. Aku baru confirm dengan company kabinet SW di Sg Chua minggu lepas", jawabnya lagi.

"Oh...ye ke? Aiseh....Kau buat kabinet apa?, jawabku dengan pertanyaan ringkas.
 
"Aku cadang nak buat 3G. Aku dah bayar deposit dan dah dapat quotation. Tapi harganya agak mahal la....", rungutnya.
 
"Kau share dengan aku quotation tu biar aku tengok", jawabku dengan harapan aku dapat membantu walaupun kenalanku telah confirm buat dengan syarikat kabinet tersebut. Syarikat SW memang memegang pasaran di sekitar Kajang dan sekarang telah cuba melebarkan pasarannya ke sekitar Puchong. 
 
Aku telah meneliti quotation tersebut dan kemudiannya telah menawarkan harga yang lebih murah kepada kenalanku.....bukan atas dasar kenalan semata-mata tetapi kerana tidak rela pengaliran wang dari kaumku keluar kepada golongan yang tidak membayar zakat. 
 
Berikut adalah gambar-gambar pembuatan table top dan pemasangan kitchen cabinet 3G.

Dapur idaman. Kitchen cabinet 3G glass (hitam dan putih) dengan aksesori dapur yang mewah. Wall cabinet sehingga ke ceiling (lebih dari 4 kaki tinggi). Hanging dish rack dan rak botol. Juga kepala paip dan sinki yang berkualiti. 


 Setelah dikira-kira, dapur ini menelan belanja belasan ribu ringgit. Kami juga membuat pendawaian baru/ khas untuk oven dan microwave.


Ruang tepi untuk peti sejuk 


 Gabungan warna hitam dan putih, menimbulkan suasana kontemporari dan tidak mengecewakan.



 Design ruang bahagian dalam 3D yang diterjemahkan ke alam nyata 


 Proses pembuatan table top biasanya hanya mengambil masa 2 hari sahaja. Satu hari membuat kerangka cement dan hari kedua pemasangan tiles. Kemudian hari ketiga kami akan mengukur sekali lagi untuk memastikan ukuran cabinet yang tepat sebelum kerja-kerja pemotongan papan dijalankan.


 Table top yang sudah siap, 'sleek design', nipis tapi teguh.



 Tuan rumah memilih basin sinki yang berkualiti dengan ketebalan 1.2 mm dan kedalaman 220 mm. Anda boleh melihat harganya, WOW! Jangan terkejut kerana ada lagi basin yang lebih mahal. Tepuk dada, tanya selera, pastu...check budget lah....


 Beliau juga memilih tap yang berkualiti dengan jaminan 6 tahun. Kedua-dua aksesori ini (tap dan basin) berharga mencecah RM1k+


Selamat berkitchen cabinet!
Nuradam 019-2862340

Wednesday 23 October 2013

KITCHEN CABINET 3D DRAWING

Di dalam telefon bimbit saya tersimpan banyak gambar-gambar design 3D sama ada untuk kabinet dapur, wardrobe, TV cabinet atau kiosk yang telah kami disiapkan oleh designer saya (Norain a.k.a. Anne). Ada antara design ini yang telah direalisasikan dalam alam nyata, tetapi banyak yang hanya di drawing board sahaja.
 
Saya berasa alangkah berfaedahnya jika saya dapat berkongsi dengan pembaca semua moga-moga dapat memberi sedikit sebanyak ilham.
 
Selamat berkitchen cabinet!

Nuradam 019-2862340
 



 

 

 
 



 

 
 

 

 

 

Monday 21 October 2013

PEMASANGAN KABINET DAPUR, TV CABINET DI SEGAMBUT

 
 
Pelanggan kali ini adalah pelanggan yang paling mudah berurus niaga. Semoga Allah merahmati kamu sekeluarga. Beliau bertugas dan duduk di Ipoh, tetapi membeli sebuah rumah di Segambut dalam persediaan untuk berpindah di KL untuk project MRT.
 
Beliau menempah kabinet dapur melamine dengan bingkai aluminium (RM4,190) dan diselang dengan sebuah pintu kaca (frosted glass). Beliau juga menempah sebuah papan belakang untuk TV (RM900) beserta dengan menutup ruang bawah tangga (RM350).
 
 Pemilihan warna sesuai dengan warna tiles dapur. Pemasangan oven di sebelah bawah kanan. Juga tall hood dan hob.
 
 Kerja-kerja pemasangan sedikit mencabar kerana table top sedia ada sedikit bermasalah, iaitu tidak sama tinggi dan kurang simen di bawah tiles. Tiles boleh pecah jika di'drill' kerana kurang simen. Seluruh dinding dapur diletak tiles menimbulkan suhu yang agak sejuk di waktu pagi. 
 
 
 Papan TV (tanpa cabinet - kerana kabinet sedia ada) bersaiz 7x7 kaki dihiasi dengan lampu.
 
 
 Ruang di bawah tangga yang ditutup dengan papan melamine putih. Saya memberi harga yang murah sebagai satu package kerana membuat kabinet dapur dan papan TV.  Biras saya pernah menempah benda yang sama daripada contractor CaYaNunAlip tetapi diperbuat daripada plywood dan diletak cermin dengan harga RM1,300.
 
 
Ruang dalam 'store'.
 
 
Selamat berkitchen cabinet!
 
Nuradam 019-2862340

Sunday 20 October 2013

PEMASANGAN KITCHEN CABINET MELAMINE MERAH DI PANTAI DALAM


"Tuan pasti nak buat pintu cabinet warna merah?", tanya saya meminta kepastian. Bukan apa, saya belum pernah buat cabinet melamine berwarna merah. Timbul kegusaran sekiranya pelanggan menjangkakan melamine merah akan berkilau seperti 3G merah atau paling kurang, melamine gloss merah.
"Ye, orang rumah saya memang nak warna merah," jawab En Khairi penuh kepastian.
"Tuan tak nak mix dengan warna putih di bawah atau mix dengan frosted glass?", tujah saya lagi. Masih gusar andai seluruh dapur jadi warna merah dan kemudiannya di tolak pelanggan. Tambahan lagi selingan dengan frosted glass akan menambah keanggunan dapur melamine.
"Tak nak, tak nak. Orang rumah saya memang firm nak warna merah sahaja", tegasnya lagi.
Saya pasrah sambil berharap pelanggan tahu apa yang dimahukan.
"Kita mix dengan lining hitam, supaya ada contrast", saya memberi cadangan yang dipersetujui oleh En Khairi.
Saya gusar kerana ada pelanggan (yang buat dengan syarikat lain) yang menceritakan kisahnya kepada saya. Beliau terpaksa menjual kitchen cabinetnya yang baru siap kerana seluruh dapurnya warna merah dan tidak disukai oleh tunangnya. Beliau bertanya saya jika saya ada ambil second hand cabinet, dari situ saya tahu kisahnya.
Alhamdulillah, pengakhiran cerita En Khairi berpuas hati dengan warna yang dipilihnya dan pemasangan yang dibuat oleh PESONA KITCHEN.
 



 

PEMASANGAN KIOSK NASI CAMPUR DI SOUTH CITY PLAZA

Kekadang mendapat tempahan kiosk memang mengujakan, tetapi pembuatan kiosk memakan masa yang agak lama berbanding membuat kabinet dapur. Ini kerana, setiap kiosk yang dibuat selalunya unik, iaitu mempunyai design yang berbeza-beza. 
 
Dari drawing board, pembinaan rangka, sehinggalah pemasangan akan memakan masa yang lebih lama. Itu belum termasuk perkara-perkara di luar jangka yang biasanya di pihak pengurusan shopping mall yang melambatkan kerja-kerja menyiapkan kiosk seperti pendawaian belum tersedia untuk disambung, atau sistem perpaipan yang perlu diubah suai. 
 
Masa yang lebih bermakna kos yang semakin meningkat, kerana gaji pekerja tetap berjalan dan keuntungan yang semakin mengecil. Tetapi apa yang memotivasikan saya adalah untuk melihat lebih ramai orang Melayu menceburkan diri dalam perniagaan dan merdeka di tanah air sendiri! 


Kiosk ini ditempah oleh sebuah syarikat india muslim. Tidak dinafikan mereka memang bekerja keras memajukan diri dalam perniagaan. Marilah kita sama-sama berusaha ke arah itu.
 



 Pandangan hadapan kiosk. Kiosk ini bersaiz 11 kaki x 11 kaki
 
 
 Pandangan belakang kiosk

Saturday 19 October 2013

PEMASANGAN KABINET DAPUR MELAMINE & WARDROBE MEJA HIAS DI PUCHONG INTAN

Kali ini kisah seorang ibu tunggal yang menyara seorang anak di IPT. Beliau telah membeli sebuah apartment di Puchong Intan dan baru selesai ubah suai rumah yang menelan belanja RM12,000 termasuk pemasangan tiles lebar 2 kaki di ruang utama dan bilik, table top di dapur basah, cat baru dll.
 
Pemasangan kabinet dapur melamine dengan corak kayu (exotic - jarang2 orang pilih corak sebegini). Beliau juga membuat sebuah wardrobe (swing door) dengan meja hias. Jumlah keseluruhan, seingat saya dalam RM4,200+-. Free softclose, alluminium handle etc.
 
 Melamine door dengan hanging dishrack di wall cabinet.
 
 Wardrobe 7.5 kaki panjang dengan 9 kaki + tinggi