Showing posts with label BUAT KIOSK. Show all posts
Showing posts with label BUAT KIOSK. Show all posts

Sunday, 20 October 2013

PEMASANGAN KIOSK NASI CAMPUR DI SOUTH CITY PLAZA

Kekadang mendapat tempahan kiosk memang mengujakan, tetapi pembuatan kiosk memakan masa yang agak lama berbanding membuat kabinet dapur. Ini kerana, setiap kiosk yang dibuat selalunya unik, iaitu mempunyai design yang berbeza-beza. 
 
Dari drawing board, pembinaan rangka, sehinggalah pemasangan akan memakan masa yang lebih lama. Itu belum termasuk perkara-perkara di luar jangka yang biasanya di pihak pengurusan shopping mall yang melambatkan kerja-kerja menyiapkan kiosk seperti pendawaian belum tersedia untuk disambung, atau sistem perpaipan yang perlu diubah suai. 
 
Masa yang lebih bermakna kos yang semakin meningkat, kerana gaji pekerja tetap berjalan dan keuntungan yang semakin mengecil. Tetapi apa yang memotivasikan saya adalah untuk melihat lebih ramai orang Melayu menceburkan diri dalam perniagaan dan merdeka di tanah air sendiri! 


Kiosk ini ditempah oleh sebuah syarikat india muslim. Tidak dinafikan mereka memang bekerja keras memajukan diri dalam perniagaan. Marilah kita sama-sama berusaha ke arah itu.
 



 Pandangan hadapan kiosk. Kiosk ini bersaiz 11 kaki x 11 kaki
 
 
 Pandangan belakang kiosk

Thursday, 22 August 2013

PEMASANGAN KIOSK DAN CABINET DI TESCO EXTRA TAMAN MIDAH

"Truuuttt...tutt....., truuuttt tuuttttt....."
 
Handphone saya berdering mengejutkan saya dari tidur. Waktu itu jam menunjukkan pukul 12:45 tengahari, hari Sabtu 15 June 2013. Rupanya kenalan saya Anne telefon.
 
"Hello.....", jawabku lemah.
Masih dihantui rasa mengantuk. Almaklumlah, tidur waktu tengah hari. Mahu berpinar kepala sekejap kalau bangun tergesa-gesa. 
"Hello! Abang! Jap lagi ada orang akan call abang. Dia nak buat kiosk dan kabinet. Saya dah kira cajnya dan dah siap 3D design. Kalau dia tanya abang cakap RM5,000".
"OK", hanya itu yang mampu kujawab.
 Terngiang-ngiang suara Anne di kepalaku. Antara percaya atau tidak dengan apa yang aku dengar.
Alhamdulillah. Kilangku masih dalam pembikinan dan aku berpeluang mendapat tempahan pertama.
 
 Aku melabuhkan kepalaku di bantal sementara menunggu waktu Zohor. Selang 5 minit kemudian aku mendapat panggilan yang ditunggu-tunggu. Seorang pengusaha Jellycake bertanya tentang pembuatan kiosk serta kabinet kiosk dan meminta quotation. Aku dengan pantas menjawab RM5,000.
 
Begitulah ceritanya aku mendapat tempahan pertama walaupun kilangku masih dalam pembikinan. Harap-harap pekerja seniorku Ah Chan dapat menyiapkan wiring mesin-mesin di kilangku dan memotong papan untuk tempahan ini.
 
Untuk pengetahuan anda, Jellycake sudah mempunyai lebih daripada 8 cawangan kedai tetapi kiosk di Tesco Extra Taman Midah adalah kiosk yang pertama di pasaraya. Berikut adalah serba sedikit berkaitan dengan tempahan kiosk Jellycake.
  
Tuan punya kiosk sedang memeriksa kiosk. PERSONA KITCHEN juga menyediakan perkhidmatan wiring untuk kiosk dan rumah.
 


Pekerja saya bertungkus-lumus menyiapkan kiosk mengikut jadual. Satu malam siap pasang.  



 
 Lukisan 3D yang menjadi panduan dalam pembuatan kiosk