Wednesday 11 September 2013

BERBALOIKAH BERBELANJA LEBIH UNTUK PINTU 3G?

1) CANTIK

Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif. Menjadi lumrah manusia tertarik terhadap sesuatu yang cantik.
 
Begitulah alkisahnya dengan dapur. Kilauan kabinet dapur 3G memukau di bawah biasan cahaya lampu. Saya pernah menerima berhambur pujian atas pintu 3G yang kami pasang di rumah seorang pelanggan yang terlalu gembira atas hasil kerja kami. "Bukan saya Kak, pintu 3G ni memang cantik", jawab saya sambil mengucapkan alhamdulillah di dalam hati. Dapurnya yang baru di cat putih (silky white) menaikkan lagi warna kabinet dapur 3G yang baru dipasang.
 
 Tetapi AWAS! Pemilihan warna adalah penting dalam menimbulkan suasana ceria, elegan atau menampakkan keluasan sesebuah dapur. Terdapat banyak warna-warna ceria dalam pemilihan warna 3G seperti biru muda (turquois), pink, kuning terang dan sebagainya tetapi......balik-balik warna putih, hitam, maroon.

2) TEGUH

Binaan bingkai dan tetulangnya daripada alluminium yang 'tembam' memang menjamin keteguhan sesebuah pintu 3G. Hanya mukanya yang diperbuat daripada kaca perlu dijaga dengan berhati-hati supaya tidak terkena benda tajam atau keras.

3) TAHAN LAMA

Jika dijaga dengan rapi, seperti tidak terdedah dengan cahaya matahari secara langsung atau kelembapan yang tinggi, pintu 3G mampu tahan untuk jangka tempoh yang panjang. 15 tahun - 20 tahun? Wallahua'lam.  
 
Kesimpulannya, walaupun 3G mempunyai nilai-nilai kontemporari, modern dan menarik hati anda, ia tidak semestinya sesuai dengan anda. Apa yang penting, lihatlah kepada budget anda. Jangan berbelanja di luar kemampuan.

 
Sebuah kabinet dapur 3G yang saya pasang di Puncak Saujana Kajang beserta table top.
 
Combination 3G hitam dan putih
 
Kabinet dapur 'apple green' yang saya pasang di Ampang
 
 
3G 'gun metal' juga dipasang di Puncak Saujana
 
 Selamat berkitchen cabinet!
 
Nuradam 019-2862340



PEMASANGAN CABINET DAPUR DI PUTRA SURIA APARTMENT CHERAS

"Camana Cik Nadia, bila akan berlangsung majlisnya", aku cuba memulakan bicara sambil melihat pekerjaku mengambil ukuran di apartment Cik Nadia (bukan nama sebenar).
 "Majlis? Majlis apa?", tanya Cik Nadia yang kelihatan tergamam dengan pertanyaan spontanku.
 "Iye la, kan kata nak menikah dan duduk di apartment nih?", tanyaku lagi tanpa mengesyaki apa-apa. Apa yang ku tahu, dia menempah kabinet dapur untuk persediaan selepas mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat.
"Ohh...dah tak jadi. Dah kena tinggal," jawabnya spontan sambil jarinya berlari-lari di atas muka handphone, cuba untuk berlaku tenang.
Aku tergamam. Ku rasakan seperti guruh berdentum kuat dalam hatiku. Timbul juga sesalan kerana bertanya soalan tersebut. Cik Nadia tetap tenang walaupun ku rasa seperti mendung berarak dalam dadanya.

"Sabarlah, dah bukan jodoh Cik," kataku cuba untuk menutup topik tersebut. Hatiku berkata bahawa Cik Nadia yang lemah lembut, ada paras rupa dan berkerjaya hebat pasti akan menemui jodoh, hanya masa yang menentukan.

 
Cik Nadia menempah table top berwarna gelap, kabinet dapur melamine dengan bingkai dan pemegang aluminium, lengkap dengan rak botol, rak pinggan tergantung dan rak pinggan dalam kabinet, serta hood dan hob. Beliau juga menempah sebuah almari pakaian (wardrobe) anti-jump sliding door (full carcass), juga menambah soket dan pendawaian elektrik.     

Berikut adalah gambar-gambar di rumah Cik Nadia:
 
Kepakaran kami membuat table top yang kukuh walaupun bersaiz nipis dengan tiles bersaiz 2 kaki
 
 
Dapur apartment yang sempit kelihatan luas dengan pemilihan warna yang cerah. Pintu melamine dipadankan dengan bingkai dan pemegang alluminium kelihatan elegant (dan pastinya evergreen). Dipadankan dengan sebuah pintu tolak atas 3G dengan frosted glass. Lihatlah hasil kerja tangan yang kemas dan susunan pintu yang selari. Itulah sebahagian dari kepakaran PESONA KITCHEN.

Penambahan rak botol stainless steel, satu pilihan bijak.
 

Juga penambahan rak pinggan dua lapis dalam kabinet stainless steel melengkapkan lagi dapur apartment yang kecil. Apa gunanya dapur yang luas tetapi tidak disusun dengan kemas dan teratur?  
 
Rak dalaman kabinet. PESONA KITCHEN tidak mengenakan caj tambahan untuk rak dalaman.