"Camana Cik Nadia, bila akan berlangsung majlisnya", aku cuba memulakan bicara sambil melihat pekerjaku mengambil ukuran di apartment Cik Nadia (bukan nama sebenar).
"Majlis? Majlis apa?", tanya Cik Nadia yang kelihatan tergamam dengan pertanyaan spontanku.
"Iye la, kan kata nak menikah dan duduk di apartment nih?", tanyaku lagi tanpa mengesyaki apa-apa. Apa yang ku tahu, dia menempah kabinet dapur untuk persediaan selepas mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat.
"Ohh...dah tak jadi. Dah kena tinggal," jawabnya spontan sambil jarinya berlari-lari di atas muka handphone, cuba untuk berlaku tenang.
Aku tergamam. Ku rasakan seperti guruh berdentum kuat dalam hatiku. Timbul juga sesalan kerana bertanya soalan tersebut. Cik Nadia tetap tenang walaupun ku rasa seperti mendung berarak dalam dadanya.
"Sabarlah, dah bukan jodoh Cik," kataku cuba untuk menutup topik tersebut. Hatiku berkata bahawa Cik Nadia yang lemah lembut, ada paras rupa dan berkerjaya hebat pasti akan menemui jodoh, hanya masa yang menentukan.
Cik Nadia menempah table top berwarna gelap, kabinet dapur melamine dengan bingkai dan pemegang aluminium, lengkap dengan rak botol, rak pinggan tergantung dan rak pinggan dalam kabinet, serta hood dan hob. Beliau juga menempah sebuah almari pakaian (wardrobe) anti-jump sliding door (full carcass), juga menambah soket dan pendawaian elektrik.
Berikut adalah gambar-gambar di rumah Cik Nadia:
Kepakaran kami membuat table top yang kukuh walaupun bersaiz nipis dengan tiles bersaiz 2 kaki
Dapur apartment yang sempit kelihatan luas dengan pemilihan warna yang cerah. Pintu melamine dipadankan dengan bingkai dan pemegang alluminium kelihatan elegant (dan pastinya evergreen). Dipadankan dengan sebuah pintu tolak atas 3G dengan frosted glass. Lihatlah hasil kerja tangan yang kemas dan susunan pintu yang selari. Itulah sebahagian dari kepakaran PESONA KITCHEN.
Penambahan rak botol stainless steel, satu pilihan bijak.
Juga penambahan rak pinggan dua lapis dalam kabinet stainless steel melengkapkan lagi dapur apartment yang kecil. Apa gunanya dapur yang luas tetapi tidak disusun dengan kemas dan teratur?
Rak dalaman kabinet. PESONA KITCHEN tidak mengenakan caj tambahan untuk rak dalaman.
berapa ye total kos ni?
ReplyDeleteSalam, boleh tahu berapa kos KC ini ye. Terima kasih.
ReplyDeleteRazif
013 839 1992
razifmohamed@ymail.com
cantik.. berapa kos utk kabinet cam ni ye..
ReplyDelete