Thursday 22 August 2013

PEMASANGAN BASE CABINET DI KAJANG

"Dik, akak nak tanya nih. Akak nak buat cabinet bawah, pintu sahaja camana adik kira?," tanya pemanggil wanita di seberang sana.
"Dah ada table top ke belum Kak?," jawabku dengan soalan ringkas.
"Table top tu...yang concrete atas tu ek..? Itu dah ada," jawabnya lagi. 
"Kena ukur dulu Kak, atau akak boleh agak-agak ukuran dia?," tanya pula.
"Ukuran panjang dalam 14 kaki. Akak dah dapat quotation dari company SW, dia bagi Akak RM1,380," jawabnya lagi.
"Owh...kalau macam tu saya bagi akak harga yang sama, tapi saya bagi free softclose dan bottle rack," jawabku cuba untuk berurus niaga. 
 "Macam ni Dik, akak budget kecik je. Akak kena tanya tempat lain sama, nak cari yang murah je. Apa-apa hal, Akak call Adik balik," katanya cuba mengakhiri perbualan.
"Ok," jawabku pasrah. 
Bagiku harga yang diberi cukup murah. Dengan softclose free sudah RM10 sebiji x 12 biji (lebih kurang) = RM120. Bottle rack RM190, so total free or diskaun sudah RM310 berbanding harga quotation RM1,380. Juga tiada extra caj lain seperti built-in alluminium handle.  

Tapi mungkin rezeki sudah tertulis. Kak Nora (nama samaran) call semula selepas 2 hari. Petang itu juga aku bersama designerku terjah rumah Kak Nora untuk membuat ukuran sebenar dan harga diberi adalah RM1,300 sahaja!!

Pemasangan di rumah Kak Nora berlangsung pada 10 July 2013 bersamaan 1 Ramadhan 1434H. Aku agak tersentuh dengan cerita Kak Nora. Dia seorang kerani di bank berdekatan dan menyara anak seramai 6 orang yang mana suaminya bekerja tidak tetap. Katanya setahun dia menyimpan wang untuk membuat kabinet dapur, cuma setakat ini bahagian bawah sahaja yang termampu. Berkali-kali, berkali-kali (sengaja diulang) dia berterima kasih kepadaku kerana memberikannya harga yang berpatutan. Aku hanya tersenyum. Subhanallah Walhamdulillah....jika kasih sayang Allah melimpah ruah atas muka bumi, begitu hendaknya kasih sayang sesama hamba.

Berikut adalah gambar pemasangan di rumah Kak Nora:-



Cabinet warna Walnut, dengan built-in alluminium handle. Kak Nora memilih laci 2 layer sahaja.


 Pemasangan rak bottle dilakukan dengan teliti 

Pemasangan pintu dan rak dalaman tidak semudah yang disangka kerana terdapat ukuran tinggi table top sedia ada yang tidak sama tinggi
 
Modifikasi dan trimming sering kali perlu dilakukan terhadap kabinet di tempat pemasangan kerana variasi ukuran table top. Inilah kelebihan membuat kabinet dapur tempah khas berbanding kabinet beli siap atau pasang sendiri (DIY).  
 

PEMASANGAN WALL CABINET DI SAUJANA IMPIAN

Mengimbau semula pemasangan kabinet pertama PK (Pesona Kitchen) pada 6 July 2013 di Saujana Impian, Kajang. Ini adalah kabinet pertama walaupun bukan projek pertama. Projek pertama adalah membuat kiosk untuk perniagaan dalam TESCO EXTRA Taman Midah (akan ditulis kemudian).
"Salam Kak, pekaba? Tengah buat apa tu?"
"Tengah urus anak-anak ke? Ha...nak tanya OK ke kabinet yang kami buat?
Tanya saya cuba memulakan bicara. Kegugupan tetap ada walaupun saya yakin hasil kerja yang dilakukan adalah kemas dan terbaik. Ini adalah after service survey, supaya saya dapat memperbaiki jika ada sebarang kekurangan dalam hasil kerjatangan pekerja saya.

"Salam..Baik..OK. Kabinet memang puas hati. Abang pun puas hati", jawab Kak Salina (nama ditukar) melalui WhatsApps yang dikirimnya.

Jawapan tu menyebabkan saya senyum lebar dan syukur ke hadrat Illahi atas nikmat yang diberikan. Untuk pengetahuan anda, Kak Salina mebuat tempahan wall cabinet menggunakan material melamine dan berbingkaikan aluminium dengan built-in handle. Tiada extra charge untuk built-in handle berbanding company lain yang memberikan harga sedikit murah sekaki tetapi kemudiannya charge untuk harga handle built-in.

Di bawah adalah gambar-gambar semasa kerja-kerja dilakukan di rumah Kak Salina.

Kak Salina memeriksa wall cabinet yang telah siap dipasang.


Hanging dishrack


Ketelitian pemasangan menjadi perkara utama dan amat dititik beratkan
 
Setiap kali pemasangan, wall cabinet disukat imbangan supaya sentiasa lurus dan selari. 
 
Selamat berkitchen cabinet!
 
 
Nuradam 019-2862340

PEMASANGAN KIOSK DAN CABINET DI TESCO EXTRA TAMAN MIDAH

"Truuuttt...tutt....., truuuttt tuuttttt....."
 
Handphone saya berdering mengejutkan saya dari tidur. Waktu itu jam menunjukkan pukul 12:45 tengahari, hari Sabtu 15 June 2013. Rupanya kenalan saya Anne telefon.
 
"Hello.....", jawabku lemah.
Masih dihantui rasa mengantuk. Almaklumlah, tidur waktu tengah hari. Mahu berpinar kepala sekejap kalau bangun tergesa-gesa. 
"Hello! Abang! Jap lagi ada orang akan call abang. Dia nak buat kiosk dan kabinet. Saya dah kira cajnya dan dah siap 3D design. Kalau dia tanya abang cakap RM5,000".
"OK", hanya itu yang mampu kujawab.
 Terngiang-ngiang suara Anne di kepalaku. Antara percaya atau tidak dengan apa yang aku dengar.
Alhamdulillah. Kilangku masih dalam pembikinan dan aku berpeluang mendapat tempahan pertama.
 
 Aku melabuhkan kepalaku di bantal sementara menunggu waktu Zohor. Selang 5 minit kemudian aku mendapat panggilan yang ditunggu-tunggu. Seorang pengusaha Jellycake bertanya tentang pembuatan kiosk serta kabinet kiosk dan meminta quotation. Aku dengan pantas menjawab RM5,000.
 
Begitulah ceritanya aku mendapat tempahan pertama walaupun kilangku masih dalam pembikinan. Harap-harap pekerja seniorku Ah Chan dapat menyiapkan wiring mesin-mesin di kilangku dan memotong papan untuk tempahan ini.
 
Untuk pengetahuan anda, Jellycake sudah mempunyai lebih daripada 8 cawangan kedai tetapi kiosk di Tesco Extra Taman Midah adalah kiosk yang pertama di pasaraya. Berikut adalah serba sedikit berkaitan dengan tempahan kiosk Jellycake.
  
Tuan punya kiosk sedang memeriksa kiosk. PERSONA KITCHEN juga menyediakan perkhidmatan wiring untuk kiosk dan rumah.
 


Pekerja saya bertungkus-lumus menyiapkan kiosk mengikut jadual. Satu malam siap pasang.  



 
 Lukisan 3D yang menjadi panduan dalam pembuatan kiosk