Sunday, 20 October 2013

PEMASANGAN KIOSK NASI CAMPUR DI SOUTH CITY PLAZA

Kekadang mendapat tempahan kiosk memang mengujakan, tetapi pembuatan kiosk memakan masa yang agak lama berbanding membuat kabinet dapur. Ini kerana, setiap kiosk yang dibuat selalunya unik, iaitu mempunyai design yang berbeza-beza. 
 
Dari drawing board, pembinaan rangka, sehinggalah pemasangan akan memakan masa yang lebih lama. Itu belum termasuk perkara-perkara di luar jangka yang biasanya di pihak pengurusan shopping mall yang melambatkan kerja-kerja menyiapkan kiosk seperti pendawaian belum tersedia untuk disambung, atau sistem perpaipan yang perlu diubah suai. 
 
Masa yang lebih bermakna kos yang semakin meningkat, kerana gaji pekerja tetap berjalan dan keuntungan yang semakin mengecil. Tetapi apa yang memotivasikan saya adalah untuk melihat lebih ramai orang Melayu menceburkan diri dalam perniagaan dan merdeka di tanah air sendiri! 


Kiosk ini ditempah oleh sebuah syarikat india muslim. Tidak dinafikan mereka memang bekerja keras memajukan diri dalam perniagaan. Marilah kita sama-sama berusaha ke arah itu.
 



 Pandangan hadapan kiosk. Kiosk ini bersaiz 11 kaki x 11 kaki
 
 
 Pandangan belakang kiosk

No comments:

Post a Comment