Sunday, 20 October 2013

PEMASANGAN KITCHEN CABINET MELAMINE MERAH DI PANTAI DALAM


"Tuan pasti nak buat pintu cabinet warna merah?", tanya saya meminta kepastian. Bukan apa, saya belum pernah buat cabinet melamine berwarna merah. Timbul kegusaran sekiranya pelanggan menjangkakan melamine merah akan berkilau seperti 3G merah atau paling kurang, melamine gloss merah.
"Ye, orang rumah saya memang nak warna merah," jawab En Khairi penuh kepastian.
"Tuan tak nak mix dengan warna putih di bawah atau mix dengan frosted glass?", tujah saya lagi. Masih gusar andai seluruh dapur jadi warna merah dan kemudiannya di tolak pelanggan. Tambahan lagi selingan dengan frosted glass akan menambah keanggunan dapur melamine.
"Tak nak, tak nak. Orang rumah saya memang firm nak warna merah sahaja", tegasnya lagi.
Saya pasrah sambil berharap pelanggan tahu apa yang dimahukan.
"Kita mix dengan lining hitam, supaya ada contrast", saya memberi cadangan yang dipersetujui oleh En Khairi.
Saya gusar kerana ada pelanggan (yang buat dengan syarikat lain) yang menceritakan kisahnya kepada saya. Beliau terpaksa menjual kitchen cabinetnya yang baru siap kerana seluruh dapurnya warna merah dan tidak disukai oleh tunangnya. Beliau bertanya saya jika saya ada ambil second hand cabinet, dari situ saya tahu kisahnya.
Alhamdulillah, pengakhiran cerita En Khairi berpuas hati dengan warna yang dipilihnya dan pemasangan yang dibuat oleh PESONA KITCHEN.
 



 

1 comment: