Monday, 21 October 2013

PEMASANGAN KABINET DAPUR, TV CABINET DI SEGAMBUT

 
 
Pelanggan kali ini adalah pelanggan yang paling mudah berurus niaga. Semoga Allah merahmati kamu sekeluarga. Beliau bertugas dan duduk di Ipoh, tetapi membeli sebuah rumah di Segambut dalam persediaan untuk berpindah di KL untuk project MRT.
 
Beliau menempah kabinet dapur melamine dengan bingkai aluminium (RM4,190) dan diselang dengan sebuah pintu kaca (frosted glass). Beliau juga menempah sebuah papan belakang untuk TV (RM900) beserta dengan menutup ruang bawah tangga (RM350).
 
 Pemilihan warna sesuai dengan warna tiles dapur. Pemasangan oven di sebelah bawah kanan. Juga tall hood dan hob.
 
 Kerja-kerja pemasangan sedikit mencabar kerana table top sedia ada sedikit bermasalah, iaitu tidak sama tinggi dan kurang simen di bawah tiles. Tiles boleh pecah jika di'drill' kerana kurang simen. Seluruh dinding dapur diletak tiles menimbulkan suhu yang agak sejuk di waktu pagi. 
 
 
 Papan TV (tanpa cabinet - kerana kabinet sedia ada) bersaiz 7x7 kaki dihiasi dengan lampu.
 
 
 Ruang di bawah tangga yang ditutup dengan papan melamine putih. Saya memberi harga yang murah sebagai satu package kerana membuat kabinet dapur dan papan TV.  Biras saya pernah menempah benda yang sama daripada contractor CaYaNunAlip tetapi diperbuat daripada plywood dan diletak cermin dengan harga RM1,300.
 
 
Ruang dalam 'store'.
 
 
Selamat berkitchen cabinet!
 
Nuradam 019-2862340

1 comment: