"Dik, akak nak tanya nih. Akak nak buat cabinet bawah, pintu sahaja camana adik kira?," tanya pemanggil wanita di seberang sana.
"Dah ada table top ke belum Kak?," jawabku dengan soalan ringkas.
"Table top tu...yang concrete atas tu ek..? Itu dah ada," jawabnya lagi.
"Kena ukur dulu Kak, atau akak boleh agak-agak ukuran dia?," tanya pula.
"Ukuran panjang dalam 14 kaki. Akak dah dapat quotation dari company SW, dia bagi Akak RM1,380," jawabnya lagi.
"Owh...kalau macam tu saya bagi akak harga yang sama, tapi saya bagi free softclose dan bottle rack," jawabku cuba untuk berurus niaga.
"Macam ni Dik, akak budget kecik je. Akak kena tanya tempat lain sama, nak cari yang murah je. Apa-apa hal, Akak call Adik balik," katanya cuba mengakhiri perbualan.
"Ok," jawabku pasrah.
Bagiku harga yang diberi cukup murah. Dengan softclose free sudah RM10 sebiji x 12 biji (lebih kurang) = RM120. Bottle rack RM190, so total free or diskaun sudah RM310 berbanding harga quotation RM1,380. Juga tiada extra caj lain seperti built-in alluminium handle.
Tapi mungkin rezeki sudah tertulis. Kak Nora (nama samaran) call semula selepas 2 hari. Petang itu juga aku bersama designerku terjah rumah Kak Nora untuk membuat ukuran sebenar dan harga diberi adalah RM1,300 sahaja!!
Pemasangan di rumah Kak Nora berlangsung pada 10 July 2013 bersamaan 1 Ramadhan 1434H. Aku agak tersentuh dengan cerita Kak Nora. Dia seorang kerani di bank berdekatan dan menyara anak seramai 6 orang yang mana suaminya bekerja tidak tetap. Katanya setahun dia menyimpan wang untuk membuat kabinet dapur, cuma setakat ini bahagian bawah sahaja yang termampu. Berkali-kali, berkali-kali (sengaja diulang) dia berterima kasih kepadaku kerana memberikannya harga yang berpatutan. Aku hanya tersenyum. Subhanallah Walhamdulillah....jika kasih sayang Allah melimpah ruah atas muka bumi, begitu hendaknya kasih sayang sesama hamba.
Berikut adalah gambar pemasangan di rumah Kak Nora:-
Cabinet warna Walnut, dengan built-in alluminium handle. Kak Nora memilih laci 2 layer sahaja.
Pemasangan rak bottle dilakukan dengan teliti
Pemasangan pintu dan rak dalaman tidak semudah yang disangka kerana terdapat ukuran tinggi table top sedia ada yang tidak sama tinggi
Modifikasi dan trimming sering kali perlu dilakukan terhadap kabinet di tempat pemasangan kerana variasi ukuran table top. Inilah kelebihan membuat kabinet dapur tempah khas berbanding kabinet beli siap atau pasang sendiri (DIY).