Tuesday 23 July 2013

Kitchen Cabinet 3G Material

Jika anda menjejakkan kaki ke kedai kitchen cabinet, mesti anda akan diberitahu oleh jurujual atau sedia mengetahui tentang jenis-jenis kitchen cabinet ini. Biasanya yang terdapat dalam pasaran adalah:
  1. Melamine board
  2. 3G glass (Awas: Ada 3G bukan glass)
  3. 4G glass
  4. Acrylic
Ramai mungkin tertanya-tanya apakah material yang sesuai untuk kitchen cabinet di rumah. Yang sedap dipandang, atau yang 'dikagumi dan dicemburui jiran' atau dari segi perbandingan yang lebih waras lagi iaitu dari segi kos dan ketahanan.

Kenapa saya menulis demikian adalah berdasarkan pengalaman saya yang tidak seberapa lama dalam bidang ini. Hehe...banyak manusia banyak ragamnya. Semuanya bergantung kepada niat. Ada yang bertahun-tahun menyimpan wang untuk membuat kitchen cabinet akhirnya berjaya membuat dengan syarikat saya walaupun hanya base cabinet melamine, tetapi kegembiraan yang terpancar di wajah sukar diterjemah dengan perkataan. Untuk menambah kegembiraannya, saya siap bagi free bottle rack yang berharga RM190 walaupun nilai base cabinet yang dibuat hanya RM1300!! (14 kaki panjang)

Kembali kepada topic, sempat plak saya buat promo. Di sini saya akan menceritakan sedikit tentang pintu jenis 3G. Pintu jenis melamine dan 4G akan menyusul insyaAllah apabila saya update blog ini. Secara terus terang kesibukan saya dengan kerja seharian membataskan masa saya untuk update blog ini.

Ada juga yang menamakan 3G glass. Ya betul, pintunye dibuat dari kaca. Bingkainya dibuat daripada aluminium yang ringan. Terdapat banyak colour untuk dipilih untuk pintu yang biasanya ada dua kategori. Pertama jenis cat dan kedua jenis sticker (jenis colour yang available akan diupdate kemudian).

Kenapa ia dinamakan 3G? Hehe...wallahua'lam, saya pun tidak pasti. Cuma saya agak ia adalah 3rd generation, sebab generasi pertama adalah pintu kitchen cabinet yang dibuat dari solid wood, second generation adalah pintu yang dibuat dari papan chipboard atau jenis melamine (siapa ada info lebih tepat boleh inform saya). Manakala 4G adalah penambahbaikan atau penambahcantikkan selepas 3G.

Rupa contoh 3G adalah seperti di bawah.

Pandangan hadapan: Sample 3G yang mana bingkainya aluminium dan pintunya glass (kaca) dengan built in handle.

Pandangan belakang: Bingkai aluminium dan belakang cermin yang di'cover' board. Ada jenis yang tidak dicover board supaya lebih ringan.
 
Secara kesimpulannya, kitchen cabinet jenis 3G ada kelasnya yang tersendiri. Kecantikan dan kilauan yang tak jemu mata memandang dan ketahanan yang di'cover' oleh aluminium. Sekali pandang tidak jemu, apatah lagi sepuluh kali pandang, pun tak jemu. Harganya pula tidaklah terlalu jauh dengan melamine. Hanya tambah RM50-60 sekaki.
 
Berikut adalah satu contoh hasil kerja kami, kitchen cabinet 3G (Apple green) yang dipasang di Antara Apartment, Ampang.
 
 
3G MURAH?? 
 
Awas: Ada company yang membuat 3G dengan harga murah. Ia sebenarnya bukan 3G glass tetapi melamine gloss dan dipasang bingkai aluminium. Kilaunya tidak sama dengan kilau kaca dan material melamine ini harganya jauh lebih murah dari 3G glass.
 



 
Saya mendapat satu panggilan telefon yang mengatakan beliau ditipu oleh contractor rumah yang membuat kitchen cabinet. Gambar di atas adalah gambar yang dikirim oleh pengadu tersebut. Material yang dikatakan 3G sebenarnya hanyalah melamine gloss yang dipasang aluminium frame dan built-in handle. Material ini harganya sedikit mahal daripada melamine biasa tetapi struktur dalamannya agak kurang kukuh daripada melamine bukan gloss (sinar). Saya berpendapat material jenis ini daya tahannya terhadap kelembapan adalah kurang berbanding melamine bukan gloss.
 
Terpulang kepada pembeli. Alang-alang berkitchen cabinet, biar puas hati tidak kira harga murah atau mahal. Kerana kebahagiaan bukan terletak pada wang ringgit tetapi pada kerendahan hati dan solat di awal waktu berjemaah (untuk lelaki).
 
 
 
Selamat berkitchen cabinet.
 
Wassalam.
 
 
 
 
 
 

25 comments:

  1. salam tuan..boleh datang nibong tebal, penang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu...macamana saya nak atasi batasan logistik walaupun saya seorang yang optimis.

      Delete
  2. rumah saya di nilai. Boleh dapatkan quotation. Nama saya Deepa. hubungi saya puvendeepa@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Maaf kerana jarang lawati/ update blog. Saya terlalu fokus pd kerja2 dan anak2. Boleh whatsApp designer saya utk quotation Anne 018-2495071.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Kalau encik tak keberatan, boleh encik share kan cara2 macam mana kita nak bezakan antara 3g glass dan melamine gloss selain dari segi kilauannya? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Glass...kita ketuk permukaan pintu itu diperbuat dari kaca. melamine gloss...bukan kaca, tp papan kayu yg dicat.

      Delete
  5. wah, banyaknya info. bagusnya share. Terima kasih sgt2. ingatkan apa laaa 3G tu. hampir2 tertipu.

    ReplyDelete
  6. Salam Tuan..saya nak Tanya pasal laminate material door. Saya berkenan nampak sangat cantik. Macamana tahap ketahanannya berbanding 3G..harap penhelasan saudara..saya bercadang nak buat Kabinet Dapur dlm masa terdekat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lama x respond. Utk laminate, normally strukture pintu dibuat dari plywood or lebih tepat lagi papan lapis ringan. Boleh tahan lama jika x terkena air. Tp kalau kena air..mcm kayu kena air, akan kembang dan hilang shape asal, sesuai utk dibuang/diganti.
      Boleh dibuat utk pintu dry kitchen. Jika nk buat utk wet kitchen, sebaiknya pintu di bawah sinki (2 biji) diupgrade utk buat pintu aluminum. Normally upgrade ni sy caj RM200 je.

      Delete
  7. Salam Tuan..saya nak Tanya pasal laminate material door. Saya berkenan nampak sangat cantik. Macamana tahap ketahanannya berbanding 3G..harap penhelasan saudara..saya bercadang nak buat Kabinet Dapur dlm masa terdekat..

    ReplyDelete
  8. Salam... boleh x bgtau yg mana terbaik
    GLASS
    ARCYLIC
    NYATOH
    Mirror
    Bolysheet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg terbaik..??tepuk dada tanya selera n tepuk beg duit or bank akaun tanya budget. Yg murah pun jika pandai jaga akan tahan lama >10 tahun.

      Delete
  9. ingin membuat kabinet dapur? wardrobe? kabinet tv dan lain2..
    kami mempunyai pakage menarik untuk and.
    HANYA UNTUK ANDA !
    like&visit fb kami : https://www.facebook.com/AZ-Interior-Design-Sdn-Bhd-1707424542809816/

    or call 03-80527813 for more information

    ReplyDelete
  10. Salam tuan di mana kedai ade jual 3g glass.. sya hendak beli 3g glass sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puchong banyak...cuba waze kitchen cabinet accessories

      Delete
  11. Kitchen can boost our mood every day because this is where we start our daily routine. Modern kitchen accessories are all about making life easier. In our collection, we have provided unique gadget of kitchen accessories.

    ReplyDelete
  12. This is such an amazing article I have ever read. Very much needy information for kitchen.
    Best Reviews for Kitchen

    ReplyDelete
  13. Thank you for sharing this information. Thisarticle is much more helpful. Kitchen Faucet Reviews

    ReplyDelete
  14. Alor gajah melaka ade cover x?

    ReplyDelete
  15. Thank you very much for giving us beautiful information. We hope to get more informative information in the future.

    ReplyDelete
  16. nice info... mana nak cari 3G Glass nie? ACP boleh lawan tak glossyness 3G?

    ReplyDelete