"Bro, aku tak tahu kau ada buat bisness kitchen cabinet",
kata seorang kenalan padaku setelah aku cuba promosi perniagaanku padanya .
"Apa pasal pulak?" tanyaku memohon penjelasan.
"Sudah terlambat. Aku baru confirm dengan company kabinet SW di Sg Chua minggu lepas", jawabnya lagi.
"Oh...ye ke? Aiseh....Kau buat kabinet apa?, jawabku dengan pertanyaan ringkas.
"Aku cadang nak buat 3G. Aku dah bayar deposit dan dah dapat quotation. Tapi harganya agak mahal la....", rungutnya.
"Kau share dengan aku quotation tu biar aku tengok", jawabku dengan harapan aku dapat membantu walaupun kenalanku telah confirm buat dengan syarikat kabinet tersebut. Syarikat SW memang memegang pasaran di sekitar Kajang dan sekarang telah cuba melebarkan pasarannya ke sekitar Puchong.
Aku telah meneliti quotation tersebut dan kemudiannya telah menawarkan harga yang lebih murah kepada kenalanku.....bukan atas dasar kenalan semata-mata tetapi kerana tidak rela pengaliran wang dari kaumku keluar kepada golongan yang tidak membayar zakat.
Berikut adalah gambar-gambar pembuatan table top dan pemasangan kitchen cabinet 3G.
Dapur idaman. Kitchen cabinet 3G glass (hitam dan putih) dengan aksesori dapur yang mewah. Wall cabinet sehingga ke ceiling (lebih dari 4 kaki tinggi). Hanging dish rack dan rak botol. Juga kepala paip dan sinki yang berkualiti.
Setelah dikira-kira, dapur ini menelan belanja belasan ribu ringgit. Kami juga membuat pendawaian baru/ khas untuk oven dan microwave.
Ruang tepi untuk peti sejuk
Gabungan warna hitam dan putih, menimbulkan suasana kontemporari dan tidak mengecewakan.
Design ruang bahagian dalam 3D yang diterjemahkan ke alam nyata
Proses pembuatan table top biasanya hanya mengambil masa 2 hari sahaja. Satu hari membuat kerangka cement dan hari kedua pemasangan tiles. Kemudian hari ketiga kami akan mengukur sekali lagi untuk memastikan ukuran cabinet yang tepat sebelum kerja-kerja pemotongan papan dijalankan.
Table top yang sudah siap, 'sleek design', nipis tapi teguh.
Tuan rumah memilih basin sinki yang berkualiti dengan ketebalan 1.2 mm dan kedalaman 220 mm. Anda boleh melihat harganya, WOW! Jangan terkejut kerana ada lagi basin yang lebih mahal. Tepuk dada, tanya selera, pastu...check budget lah....
Beliau juga memilih tap yang berkualiti dengan jaminan 6 tahun. Kedua-dua aksesori ini (tap dan basin) berharga mencecah RM1k+
Selamat berkitchen cabinet!
Nuradam 019-2862340