Wednesday, 11 September 2013

BERBALOIKAH BERBELANJA LEBIH UNTUK PINTU 3G?

1) CANTIK

Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif. Menjadi lumrah manusia tertarik terhadap sesuatu yang cantik.
 
Begitulah alkisahnya dengan dapur. Kilauan kabinet dapur 3G memukau di bawah biasan cahaya lampu. Saya pernah menerima berhambur pujian atas pintu 3G yang kami pasang di rumah seorang pelanggan yang terlalu gembira atas hasil kerja kami. "Bukan saya Kak, pintu 3G ni memang cantik", jawab saya sambil mengucapkan alhamdulillah di dalam hati. Dapurnya yang baru di cat putih (silky white) menaikkan lagi warna kabinet dapur 3G yang baru dipasang.
 
 Tetapi AWAS! Pemilihan warna adalah penting dalam menimbulkan suasana ceria, elegan atau menampakkan keluasan sesebuah dapur. Terdapat banyak warna-warna ceria dalam pemilihan warna 3G seperti biru muda (turquois), pink, kuning terang dan sebagainya tetapi......balik-balik warna putih, hitam, maroon.

2) TEGUH

Binaan bingkai dan tetulangnya daripada alluminium yang 'tembam' memang menjamin keteguhan sesebuah pintu 3G. Hanya mukanya yang diperbuat daripada kaca perlu dijaga dengan berhati-hati supaya tidak terkena benda tajam atau keras.

3) TAHAN LAMA

Jika dijaga dengan rapi, seperti tidak terdedah dengan cahaya matahari secara langsung atau kelembapan yang tinggi, pintu 3G mampu tahan untuk jangka tempoh yang panjang. 15 tahun - 20 tahun? Wallahua'lam.  
 
Kesimpulannya, walaupun 3G mempunyai nilai-nilai kontemporari, modern dan menarik hati anda, ia tidak semestinya sesuai dengan anda. Apa yang penting, lihatlah kepada budget anda. Jangan berbelanja di luar kemampuan.

 
Sebuah kabinet dapur 3G yang saya pasang di Puncak Saujana Kajang beserta table top.
 
Combination 3G hitam dan putih
 
Kabinet dapur 'apple green' yang saya pasang di Ampang
 
 
3G 'gun metal' juga dipasang di Puncak Saujana
 
 Selamat berkitchen cabinet!
 
Nuradam 019-2862340



PEMASANGAN CABINET DAPUR DI PUTRA SURIA APARTMENT CHERAS

"Camana Cik Nadia, bila akan berlangsung majlisnya", aku cuba memulakan bicara sambil melihat pekerjaku mengambil ukuran di apartment Cik Nadia (bukan nama sebenar).
 "Majlis? Majlis apa?", tanya Cik Nadia yang kelihatan tergamam dengan pertanyaan spontanku.
 "Iye la, kan kata nak menikah dan duduk di apartment nih?", tanyaku lagi tanpa mengesyaki apa-apa. Apa yang ku tahu, dia menempah kabinet dapur untuk persediaan selepas mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat.
"Ohh...dah tak jadi. Dah kena tinggal," jawabnya spontan sambil jarinya berlari-lari di atas muka handphone, cuba untuk berlaku tenang.
Aku tergamam. Ku rasakan seperti guruh berdentum kuat dalam hatiku. Timbul juga sesalan kerana bertanya soalan tersebut. Cik Nadia tetap tenang walaupun ku rasa seperti mendung berarak dalam dadanya.

"Sabarlah, dah bukan jodoh Cik," kataku cuba untuk menutup topik tersebut. Hatiku berkata bahawa Cik Nadia yang lemah lembut, ada paras rupa dan berkerjaya hebat pasti akan menemui jodoh, hanya masa yang menentukan.

 
Cik Nadia menempah table top berwarna gelap, kabinet dapur melamine dengan bingkai dan pemegang aluminium, lengkap dengan rak botol, rak pinggan tergantung dan rak pinggan dalam kabinet, serta hood dan hob. Beliau juga menempah sebuah almari pakaian (wardrobe) anti-jump sliding door (full carcass), juga menambah soket dan pendawaian elektrik.     

Berikut adalah gambar-gambar di rumah Cik Nadia:
 
Kepakaran kami membuat table top yang kukuh walaupun bersaiz nipis dengan tiles bersaiz 2 kaki
 
 
Dapur apartment yang sempit kelihatan luas dengan pemilihan warna yang cerah. Pintu melamine dipadankan dengan bingkai dan pemegang alluminium kelihatan elegant (dan pastinya evergreen). Dipadankan dengan sebuah pintu tolak atas 3G dengan frosted glass. Lihatlah hasil kerja tangan yang kemas dan susunan pintu yang selari. Itulah sebahagian dari kepakaran PESONA KITCHEN.

Penambahan rak botol stainless steel, satu pilihan bijak.
 

Juga penambahan rak pinggan dua lapis dalam kabinet stainless steel melengkapkan lagi dapur apartment yang kecil. Apa gunanya dapur yang luas tetapi tidak disusun dengan kemas dan teratur?  
 
Rak dalaman kabinet. PESONA KITCHEN tidak mengenakan caj tambahan untuk rak dalaman.
 
 

Thursday, 22 August 2013

PEMASANGAN BASE CABINET DI KAJANG

"Dik, akak nak tanya nih. Akak nak buat cabinet bawah, pintu sahaja camana adik kira?," tanya pemanggil wanita di seberang sana.
"Dah ada table top ke belum Kak?," jawabku dengan soalan ringkas.
"Table top tu...yang concrete atas tu ek..? Itu dah ada," jawabnya lagi. 
"Kena ukur dulu Kak, atau akak boleh agak-agak ukuran dia?," tanya pula.
"Ukuran panjang dalam 14 kaki. Akak dah dapat quotation dari company SW, dia bagi Akak RM1,380," jawabnya lagi.
"Owh...kalau macam tu saya bagi akak harga yang sama, tapi saya bagi free softclose dan bottle rack," jawabku cuba untuk berurus niaga. 
 "Macam ni Dik, akak budget kecik je. Akak kena tanya tempat lain sama, nak cari yang murah je. Apa-apa hal, Akak call Adik balik," katanya cuba mengakhiri perbualan.
"Ok," jawabku pasrah. 
Bagiku harga yang diberi cukup murah. Dengan softclose free sudah RM10 sebiji x 12 biji (lebih kurang) = RM120. Bottle rack RM190, so total free or diskaun sudah RM310 berbanding harga quotation RM1,380. Juga tiada extra caj lain seperti built-in alluminium handle.  

Tapi mungkin rezeki sudah tertulis. Kak Nora (nama samaran) call semula selepas 2 hari. Petang itu juga aku bersama designerku terjah rumah Kak Nora untuk membuat ukuran sebenar dan harga diberi adalah RM1,300 sahaja!!

Pemasangan di rumah Kak Nora berlangsung pada 10 July 2013 bersamaan 1 Ramadhan 1434H. Aku agak tersentuh dengan cerita Kak Nora. Dia seorang kerani di bank berdekatan dan menyara anak seramai 6 orang yang mana suaminya bekerja tidak tetap. Katanya setahun dia menyimpan wang untuk membuat kabinet dapur, cuma setakat ini bahagian bawah sahaja yang termampu. Berkali-kali, berkali-kali (sengaja diulang) dia berterima kasih kepadaku kerana memberikannya harga yang berpatutan. Aku hanya tersenyum. Subhanallah Walhamdulillah....jika kasih sayang Allah melimpah ruah atas muka bumi, begitu hendaknya kasih sayang sesama hamba.

Berikut adalah gambar pemasangan di rumah Kak Nora:-



Cabinet warna Walnut, dengan built-in alluminium handle. Kak Nora memilih laci 2 layer sahaja.


 Pemasangan rak bottle dilakukan dengan teliti 

Pemasangan pintu dan rak dalaman tidak semudah yang disangka kerana terdapat ukuran tinggi table top sedia ada yang tidak sama tinggi
 
Modifikasi dan trimming sering kali perlu dilakukan terhadap kabinet di tempat pemasangan kerana variasi ukuran table top. Inilah kelebihan membuat kabinet dapur tempah khas berbanding kabinet beli siap atau pasang sendiri (DIY).  
 

PEMASANGAN WALL CABINET DI SAUJANA IMPIAN

Mengimbau semula pemasangan kabinet pertama PK (Pesona Kitchen) pada 6 July 2013 di Saujana Impian, Kajang. Ini adalah kabinet pertama walaupun bukan projek pertama. Projek pertama adalah membuat kiosk untuk perniagaan dalam TESCO EXTRA Taman Midah (akan ditulis kemudian).
"Salam Kak, pekaba? Tengah buat apa tu?"
"Tengah urus anak-anak ke? Ha...nak tanya OK ke kabinet yang kami buat?
Tanya saya cuba memulakan bicara. Kegugupan tetap ada walaupun saya yakin hasil kerja yang dilakukan adalah kemas dan terbaik. Ini adalah after service survey, supaya saya dapat memperbaiki jika ada sebarang kekurangan dalam hasil kerjatangan pekerja saya.

"Salam..Baik..OK. Kabinet memang puas hati. Abang pun puas hati", jawab Kak Salina (nama ditukar) melalui WhatsApps yang dikirimnya.

Jawapan tu menyebabkan saya senyum lebar dan syukur ke hadrat Illahi atas nikmat yang diberikan. Untuk pengetahuan anda, Kak Salina mebuat tempahan wall cabinet menggunakan material melamine dan berbingkaikan aluminium dengan built-in handle. Tiada extra charge untuk built-in handle berbanding company lain yang memberikan harga sedikit murah sekaki tetapi kemudiannya charge untuk harga handle built-in.

Di bawah adalah gambar-gambar semasa kerja-kerja dilakukan di rumah Kak Salina.

Kak Salina memeriksa wall cabinet yang telah siap dipasang.


Hanging dishrack


Ketelitian pemasangan menjadi perkara utama dan amat dititik beratkan
 
Setiap kali pemasangan, wall cabinet disukat imbangan supaya sentiasa lurus dan selari. 
 
Selamat berkitchen cabinet!
 
 
Nuradam 019-2862340

PEMASANGAN KIOSK DAN CABINET DI TESCO EXTRA TAMAN MIDAH

"Truuuttt...tutt....., truuuttt tuuttttt....."
 
Handphone saya berdering mengejutkan saya dari tidur. Waktu itu jam menunjukkan pukul 12:45 tengahari, hari Sabtu 15 June 2013. Rupanya kenalan saya Anne telefon.
 
"Hello.....", jawabku lemah.
Masih dihantui rasa mengantuk. Almaklumlah, tidur waktu tengah hari. Mahu berpinar kepala sekejap kalau bangun tergesa-gesa. 
"Hello! Abang! Jap lagi ada orang akan call abang. Dia nak buat kiosk dan kabinet. Saya dah kira cajnya dan dah siap 3D design. Kalau dia tanya abang cakap RM5,000".
"OK", hanya itu yang mampu kujawab.
 Terngiang-ngiang suara Anne di kepalaku. Antara percaya atau tidak dengan apa yang aku dengar.
Alhamdulillah. Kilangku masih dalam pembikinan dan aku berpeluang mendapat tempahan pertama.
 
 Aku melabuhkan kepalaku di bantal sementara menunggu waktu Zohor. Selang 5 minit kemudian aku mendapat panggilan yang ditunggu-tunggu. Seorang pengusaha Jellycake bertanya tentang pembuatan kiosk serta kabinet kiosk dan meminta quotation. Aku dengan pantas menjawab RM5,000.
 
Begitulah ceritanya aku mendapat tempahan pertama walaupun kilangku masih dalam pembikinan. Harap-harap pekerja seniorku Ah Chan dapat menyiapkan wiring mesin-mesin di kilangku dan memotong papan untuk tempahan ini.
 
Untuk pengetahuan anda, Jellycake sudah mempunyai lebih daripada 8 cawangan kedai tetapi kiosk di Tesco Extra Taman Midah adalah kiosk yang pertama di pasaraya. Berikut adalah serba sedikit berkaitan dengan tempahan kiosk Jellycake.
  
Tuan punya kiosk sedang memeriksa kiosk. PERSONA KITCHEN juga menyediakan perkhidmatan wiring untuk kiosk dan rumah.
 


Pekerja saya bertungkus-lumus menyiapkan kiosk mengikut jadual. Satu malam siap pasang.  



 
 Lukisan 3D yang menjadi panduan dalam pembuatan kiosk

Tuesday, 23 July 2013

Kitchen Cabinet 3G Material

Jika anda menjejakkan kaki ke kedai kitchen cabinet, mesti anda akan diberitahu oleh jurujual atau sedia mengetahui tentang jenis-jenis kitchen cabinet ini. Biasanya yang terdapat dalam pasaran adalah:
  1. Melamine board
  2. 3G glass (Awas: Ada 3G bukan glass)
  3. 4G glass
  4. Acrylic
Ramai mungkin tertanya-tanya apakah material yang sesuai untuk kitchen cabinet di rumah. Yang sedap dipandang, atau yang 'dikagumi dan dicemburui jiran' atau dari segi perbandingan yang lebih waras lagi iaitu dari segi kos dan ketahanan.

Kenapa saya menulis demikian adalah berdasarkan pengalaman saya yang tidak seberapa lama dalam bidang ini. Hehe...banyak manusia banyak ragamnya. Semuanya bergantung kepada niat. Ada yang bertahun-tahun menyimpan wang untuk membuat kitchen cabinet akhirnya berjaya membuat dengan syarikat saya walaupun hanya base cabinet melamine, tetapi kegembiraan yang terpancar di wajah sukar diterjemah dengan perkataan. Untuk menambah kegembiraannya, saya siap bagi free bottle rack yang berharga RM190 walaupun nilai base cabinet yang dibuat hanya RM1300!! (14 kaki panjang)

Kembali kepada topic, sempat plak saya buat promo. Di sini saya akan menceritakan sedikit tentang pintu jenis 3G. Pintu jenis melamine dan 4G akan menyusul insyaAllah apabila saya update blog ini. Secara terus terang kesibukan saya dengan kerja seharian membataskan masa saya untuk update blog ini.

Ada juga yang menamakan 3G glass. Ya betul, pintunye dibuat dari kaca. Bingkainya dibuat daripada aluminium yang ringan. Terdapat banyak colour untuk dipilih untuk pintu yang biasanya ada dua kategori. Pertama jenis cat dan kedua jenis sticker (jenis colour yang available akan diupdate kemudian).

Kenapa ia dinamakan 3G? Hehe...wallahua'lam, saya pun tidak pasti. Cuma saya agak ia adalah 3rd generation, sebab generasi pertama adalah pintu kitchen cabinet yang dibuat dari solid wood, second generation adalah pintu yang dibuat dari papan chipboard atau jenis melamine (siapa ada info lebih tepat boleh inform saya). Manakala 4G adalah penambahbaikan atau penambahcantikkan selepas 3G.

Rupa contoh 3G adalah seperti di bawah.

Pandangan hadapan: Sample 3G yang mana bingkainya aluminium dan pintunya glass (kaca) dengan built in handle.

Pandangan belakang: Bingkai aluminium dan belakang cermin yang di'cover' board. Ada jenis yang tidak dicover board supaya lebih ringan.
 
Secara kesimpulannya, kitchen cabinet jenis 3G ada kelasnya yang tersendiri. Kecantikan dan kilauan yang tak jemu mata memandang dan ketahanan yang di'cover' oleh aluminium. Sekali pandang tidak jemu, apatah lagi sepuluh kali pandang, pun tak jemu. Harganya pula tidaklah terlalu jauh dengan melamine. Hanya tambah RM50-60 sekaki.
 
Berikut adalah satu contoh hasil kerja kami, kitchen cabinet 3G (Apple green) yang dipasang di Antara Apartment, Ampang.
 
 
3G MURAH?? 
 
Awas: Ada company yang membuat 3G dengan harga murah. Ia sebenarnya bukan 3G glass tetapi melamine gloss dan dipasang bingkai aluminium. Kilaunya tidak sama dengan kilau kaca dan material melamine ini harganya jauh lebih murah dari 3G glass.
 



 
Saya mendapat satu panggilan telefon yang mengatakan beliau ditipu oleh contractor rumah yang membuat kitchen cabinet. Gambar di atas adalah gambar yang dikirim oleh pengadu tersebut. Material yang dikatakan 3G sebenarnya hanyalah melamine gloss yang dipasang aluminium frame dan built-in handle. Material ini harganya sedikit mahal daripada melamine biasa tetapi struktur dalamannya agak kurang kukuh daripada melamine bukan gloss (sinar). Saya berpendapat material jenis ini daya tahannya terhadap kelembapan adalah kurang berbanding melamine bukan gloss.
 
Terpulang kepada pembeli. Alang-alang berkitchen cabinet, biar puas hati tidak kira harga murah atau mahal. Kerana kebahagiaan bukan terletak pada wang ringgit tetapi pada kerendahan hati dan solat di awal waktu berjemaah (untuk lelaki).
 
 
 
Selamat berkitchen cabinet.
 
Wassalam.
 
 
 
 
 
 

Saturday, 18 May 2013

Kabinet Dapur Made in Malaysia

PESONA KITCHEN (PK):- Kami Bagaikan Setitik Air Dalam Lautan Industri Kabinet Dapur di Malaysia

Signature Kitchen adalah satu jenama yang tidak asing lagi dalam industri pembuatan kabinet dapur. Dengan penjenamaan yang berkesan, dan pengurusan syarikat yang cekap, syarikat ini telah tiga tahun berturut-turut merekodkan keuntungan bersih selepas cukai yang memberangsangkan iaitu melebihi RM15 juta setahun sejak tahun 2008.

Pada tahun 2012, Signature Kitchen menjadi syarikat pertama dari Malaysia yang membuat penampilan atau pertunjukan hiasan dalaman di Milan, Italy. Tidak lupa juga jenama Signature Kitchen telah menjengah di siaran Asian Food Channel di Astro dan menjadi suatu jenama ulung di dalam siaran itu. Tidak perlu dinyatakan tentang iklan-iklan jenama ini yang menghiasi majalah dekorasi dalaman saban tahun.

Ramai yang mengimpikan rumah mereka dihiasi dengan kabinet dapur Signature Kitchen ini. Tetapi apakan daya, jika tiada poket tebal atau wang ratusan ribu tersimpan di dalam bank, impian hanya tinggal impian.

Tetapi jangan risau, PESONA KITCHEN (PK) adalah sebuah syarikat bumiputera yang terlibat dalam industri pembuatan kabinet dapur, kabinet rumah dan dekorasi dalaman. Dengan pekerja cekap yang berpengalaman lebih 10 tahun, kualiti pemasangan tidak perlu dipertikaikan lagi. Pekerja kami berbangsa Tionghua. Kami juga mempunyai kilang sendiri di Sg Chua, Selangor yang membolehkan kami menawarkan harga yang berpatutan dengan kualiti yang standing jenama terkenal.

Oleh itu, impian tuan-tuan dan puan-puan untuk menghiasi rumah dengan kabinet dapur dan kabinet 'built-in' akan terlaksana, InsyaAllah.

Berikut adalah contoh kabinet dapur hasil tangan pekerja PK.


Pintu dari jenis 3G glass, built in handle. Top solid surface. 



3D Design



Kabinet TV (termasul wiring)

Penambahan bar di dapur menambahkan seri. Material pintu melamine, harga pintu door standard
 size untuk base unit sekaki RM85.

Penambahan pencahayaan di dapur menambah seri selain menjimatkan elektrik kerana anda tidak perlu sentiasa switch on lampu dapur.
Tuan-tuan dan puan-puan. Harga boleh dibincang dan dijamin lebih murah dari pasaran.
Anda boleh membawa quotation dari luar, tiada masalah bagi kami dan InsyaAllah anda akan mendapat harga yang berpatutan.

Sila hubungi/ SMS/ whatapps saya untuk pertanyaan atau temujanji:
Nuradamrusly (019-2862340), Anne (018-2495071).

PESONA KITCHEN DECO & TRADING (PG0322906-X)
Showroom kami dalam prosess pembikinan tetapi testimoni kami banyak gambar hasil kerja tangan pekerja kami untuk tatapan tuan/ puan.

Buat masa ni kami beroperasi di SELANGOR, KUALA LUMPUR, NEGERI SEMBILAN*, MELAKA*.

Setakat ini dahulu dari kami. Salam Sejahtera.

Material 3G, Top tiles.

Material pintu 3G Glass 
Material pintu 3G Glass

 
Lagi 3G

 
 
PROMOSI TERBARU